Bukit 300, Teluk Batik

08 September 2018 (Sabtu)

Walau cuaca kurang baik sewaktu perjalanan. Namun masih bersemangat untuk menawan puncak Bukit 300 di Teluk Batik. Pada kali ini, semakin ramai yang terpanggil untuk terlibat dalam aktiviti hujung minggu ini. Berbeza dari aktiviti pada sebelum ini, kali ini kami terlibat dengan program Biggest Loser.

   
   Kami bermula dengan senaman ringan sebelum bermula. Walaupun Bukit 300 ini tidaklah begitu tinggi, namun bagi yang baru berjinak-jinak mungkin merasakan kepayahan. Macam biasa, 'drama' mesti ada. Tapi itu yang buat setiap pendakian itu menarik. Ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang tak mampu untuk mendaki sehingga ke puncak walau dengan segala motivasi dan 'penipuan' selalunya pendaki untuk positifkan diri tapi hampa. Tapi sekurangnya mencuba sehingga separuh jalan.






















  Apa yang buat seorang pendaki gembira apabila tiba ke puncak. Tidak mengira saiz badan, berat ataupun umur, mereka perlu berbangga kerana tidak semua yang mampu berjaya naik. Tahniah semua.

Comments

Popular posts from this blog

Bukit Berekeh, Sungai Siput