Posts

Showing posts from 2018

Bukit Berekeh, Sungai Siput

Image
22 September 2018 (Sabtu) Aktiviti hujung minggu kali ini diteruskan lagi dengan destinasi yang baru, Bukit Berekeh Sungai Siput, Perak. Meskipun bertolak seawal 3 pagi, namun semua yang terlibat kelihatan bersemangat untuk mendaki bukit setinggi 1940 kaki (454 meter) dan mempunyai 5 puncak kesemuanya. Harapan peserta ialah untuk menikmati matahari terbit di atas puncak tertinggi Bukit Berekeh. Tiba di destinasi pada pukul 5 lebih, kami memulakan aktiviti dengan berjalan di dalam kawasan ladang kelapa sawit untuk tiba ke kaki bukit. Seperti biasa, drama akan sentiasa terjadi. Belum sampai ke kaki bukit lagi sudah ada yang mengeluh kepenatan tetapi masih tidak mengalah untuk meneruskan perjalanan. Kesemua peserta akhirnya berjaya tiba di puncak yang pertama pada pukul 6.45 pagi. Masing-masing mengambil peluang untuk bergambar di puncak berlatarbelakangkan matahari terbit. Tidak kedengaran lagi keluhan dan rungutan kepenatan apabila melihat pemandangan pagi yang indah itu. ...

Bukit 300, Teluk Batik

Image
08 September 2018 (Sabtu) Walau cuaca kurang baik sewaktu perjalanan. Namun masih bersemangat untuk menawan puncak Bukit 300 di Teluk Batik. Pada kali ini, semakin ramai yang terpanggil untuk terlibat dalam aktiviti hujung minggu ini. Berbeza dari aktiviti pada sebelum ini, kali ini kami terlibat dengan program Biggest Loser.        Kami bermula dengan senaman ringan sebelum bermula. Walaupun Bukit 300 ini tidaklah begitu tinggi, namun bagi yang baru berjinak-jinak mungkin merasakan kepayahan. Macam biasa, 'drama' mesti ada. Tapi itu yang buat setiap pendakian itu menarik. Ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang tak mampu untuk mendaki sehingga ke puncak walau dengan segala motivasi dan 'penipuan' selalunya pendaki untuk positifkan diri tapi hampa. Tapi sekurangnya mencuba sehingga separuh jalan.   Apa yang buat seorang pendaki gembira apabila tiba ke puncak. Tidak mengira saiz badan, berat ataupun umur, mereka perlu b...

PERMULAAN KISAH KAMI ( Bukit Kledang, Menglembu )

Image
Hanya suka-suka untuk cuba benda baru. Bermula dengan 4 orang. Kami bermula menaiki bukit mengunakan jalan tar. Kebiasaan mana-mana atau sesiapa yang naik bukit atau gunung, mesti ada 'drama' yang akan berlaku sepanjang perjalanan. Begitu juga dengan kami. Walau 4 orang, tapi macam-macam hal.

Pengenalan

Hiking 2 Origin adalah kelab yang dilahirkan oleh orang-orang yang minat untuk membuat aktiviti hujung minggu. Mereka mengadakan aktiviti hujung minggu dengan mendaki dan beriadah bersama.