Bukit Berekeh, Sungai Siput
22 September 2018 (Sabtu) Aktiviti hujung minggu kali ini diteruskan lagi dengan destinasi yang baru, Bukit Berekeh Sungai Siput, Perak. Meskipun bertolak seawal 3 pagi, namun semua yang terlibat kelihatan bersemangat untuk mendaki bukit setinggi 1940 kaki (454 meter) dan mempunyai 5 puncak kesemuanya. Harapan peserta ialah untuk menikmati matahari terbit di atas puncak tertinggi Bukit Berekeh. Tiba di destinasi pada pukul 5 lebih, kami memulakan aktiviti dengan berjalan di dalam kawasan ladang kelapa sawit untuk tiba ke kaki bukit. Seperti biasa, drama akan sentiasa terjadi. Belum sampai ke kaki bukit lagi sudah ada yang mengeluh kepenatan tetapi masih tidak mengalah untuk meneruskan perjalanan. Kesemua peserta akhirnya berjaya tiba di puncak yang pertama pada pukul 6.45 pagi. Masing-masing mengambil peluang untuk bergambar di puncak berlatarbelakangkan matahari terbit. Tidak kedengaran lagi keluhan dan rungutan kepenatan apabila melihat pemandangan pagi yang indah itu. ...